THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

Friday, July 4, 2008

Gasing


Gasing merupakan sejenis permainan tradisional yang begitu popular pada suatu ketika dahulu. Kepenatan membanting tulang dalam mencari rezeki menyebabkan orang Melayu dahulu mencari alternatif untuk bergembira tanpa mengeluarkan belanja yang besar dan menggunakan bahan terbuang. Ini telah menimbulkan idea kepada masyarakat Melayu untuk mencipta permainan gasing yang diperbuat daripada saki baki kayu yang terbuang. Pelbagai faedah boleh didapati daripada permainan gasing ini. Selain dijadikan sebagai hiburan dan juga memanfaatkan bahan terbuang, permainan gasing juga dapat mengembangkan idea-idea masyarakat Melayu. Permainan gasing bagi orang Melayu juga mengukur tahap kemahiran dan kepantasan seseorang dalam menghadapi sesuatu situasi. Kepantasan dan ketepatan amat jelas dalam permainan gasing. Permainan gasing harus terus dimainkan oleh generasi muda sekarang sebagai langkah mengekalkan daya kreatif bangsa Melayu mencipta permainan berasaskan serpihan kayu.

0 comments: