Pada pendapat saya, permainan guli masih dimainkan pada zaman sekarang. Contohnya, saya sendiri masih bermain guli. Walaupun permainan guli ini nampak muda, permainan ini tidak semudah yang saya jangkakan. Permainan ini perlu menggunakan taktik yang dapat menewaskan pihak lawan dengan menjentik guli itu.
Thursday, July 17, 2008
Wednesday, July 16, 2008
Bahan-bahan dan alat-alat yang diperlukan untuk permainan guli
Pertama, permainan guli perlukan guli dan gelanggang.
Dahulu, guli di buat dari potongan-potongan kayu yang dibulatkan dengan ukuran sebesar telur ayam, atau dari kulit kima, iaitu sejenis karang besar yang terdapat di dasar laut atau di tebing-tebing karang.
Perubahan zaman telah menukar bahan-bahan yang telah digunakan dahulu, terutama sekali, setelah Perang Dunia Pertama, guli kemudian dibuat daripada bahan kapur yang diaduk dengan semen, ukurannya juga berubah menjadi kecil sebesar ibu jari kaki. Akhir-akhir ini, guli dibuat daripada kaca dengan ukuran yang beragam, dari ukuran jari kelingking hingaga ibu jari kaki.
Posted by bb2008_hafidz at 2:00 PM 0 comments
Monday, July 14, 2008
Cara-cara bermain permainan Guli (bahagian 3)
Setiap pertukaran giliran kepada pemain berikutnya, pemain yang mengambil alih giliran dikehendaki memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu sebelum boleh menjetik guli lawan. Sekiranya guli tidak masuk ke dalam lubang induk, giliran untuk pemain lain diberikan.
Kiraan mata berdasarkan banyaknya jumlah jentikan dibuat terhadap guli lawan sehingga semua pemain selesai giliran.
Dua cara dendaan akan dikenakan terhadap pemain yang memungut jumlah mata terendah. Pemain yang kalah akan memasukkan guli miliknya kedalam lubang induk dan semua pemain akan memangkah guli tersebut. Cara kedua adalah dengan setiap pemain menjentik sekali seorang ke atas guli yang kalah itu jauh dari kawasan bulatan.
Posted by bb2008_hafidz at 5:10 PM 0 comments
Sunday, July 13, 2008
Cara-cara bermain permainan Guli (bahagian 2)
Untuk memulakan permainan setiap pemain hendaklah meleretkan biji guli masuk ke dalam lubang induk. Guli yang masuk ke dalam lubang induk atau yang terhampir adalah dikira sebagai pemain yang pertama memulakan permainan dan diikuti oleh guli-guli kedua hampir dan seterusnya.
Pemain pertama akan menjentik gulinya kepada semua guli yang berada di dalam kawasan bulatan agar terkeluar. Sekiranya jentikan tidak mengena ia dikira mati dan pemain kedua akan membuat jentikan kepada guli-guli yang ada, begitulah seterusnya sehingga semua pemain selesai membuat jentikan ke atas guli pemain lainnya.
Pemain boleh melepaskan gilirannya tetapi dengan syarat, ia mestilah memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu. Pemain akan memastikan guli miliknya sentiasa berada berhampiran dengan lubang induk setiap kali jentikan dilakukan. Ini memudahkan mereka mengawal permainan.
Posted by bb2008_hafidz at 4:32 PM 0 comments
Saturday, July 12, 2008
Cara-cara bermain permainan Guli (bahagian 1)
Pertama sekali, saya hendak membuat gelanggang. Satu bulatan dilukiskan di atas tanah berukuran garispusat 1 meter. Ditengah-tengah bulatan tersebut dilekukkan sebuah lubang sebesar 10 sentimeter lebar dan sedalam 7sentimeter dengan menggunakan tumit kaki yang dihentakkan ketanah. Lubang tersebut dinamakan lubang induk. Satu garisan lurus dibina dengan jarak 3 meter daripada garisan besar tersebut. Garisan ini adalah sebagai penanda mula tempat permainan.
Posted by bb2008_hafidz at 4:39 AM 0 comments
Friday, July 11, 2008
Guli
Permainan guli ialah melontarkan guli dengan tepat mengenai sasarannya. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak lelaki berumur antara tujuh dan dua belas tahun. Jumlah pemain tidak melebihi lima orang.
Kawasan tanah rata dan lapang adalah gelanggang yang sesuai untuk tempat bermain guli. Biji guli yang digunakan untuk permainan ini adalah jenis guli yang diperbuat daripada batu kapur, berwarna putih dan sebesar ibu jari kaki. Saya masih bermain guli di tanah yang rata.
Pada zaman dahulu, guli di buat dari potongan-potongan kayu yang dibulatkan dengan ukuran sebesar telur ayam, atau dari kulit kima, iaitu sejenis karang besar yang terdapat di dasar laut atau di tebing-tebing karang.
Posted by bb2008_hafidz at 9:41 PM 0 comments
Thursday, July 10, 2008
Pandangan orang tentang gasing
Pada pandangan saya , saya minat permainan gasing kerana ia sungguh menarik dan memuaskan . Saya rasa yang permainan ini sesuai untuk lelaki sahaja kerana , mereka cukup kuat untuk berputarkan gasing itu .
Hafidz(saya)
Pada pandangan saya sendiri, saya suka dengan permainan gasing ini kerana ia sungguh senang hendak bermainnya. Permainan ini boleh menguji kepantasan saya.
Posted by bb2008_hafidz at 9:26 PM 0 comments
Tuesday, July 8, 2008
Bahan-bahan diperlukan untuk membuat gasing
Gasing dibuat dari kayu dengan ukuran yang sudah ditentukan, dibentuk bulat sehingga memiliki tiga bahagian penting iaitu kepala, badan dan buritan gasing. Di bahagian bawah kepala gasing dibuat sedikit lekukan (dikenal juga dengan leher gasing) yang berfungsi sebagai tempat melilit tali gasing, kerana gasing ini diputar dengan tali. Di bahagian buritan diberi paksi untuk menjaga keseimbangan ketika diputar di atas lantai. Jenis kayu yang digunakan untuk membuat gasing ini diantara kayu merbau (sympetalandra borneensis), leban tanduk (vitex quinta), jeruk, bakau, kempas, sepan (gymnopetalum cochinchinensis), keranji (cynoptera polyandra), manggis, jambu batu, ciku (achras zapota) dan kayu asam jawa. Selain itu, gasing juga dibuat daripada plastik atau bahan-bahan lainnya. Permainan gasing ini juga popular di berbagai daerah kawasan Melayu, seperti Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura mahupun negara lainnya
Sumber:
http://melayuonline.com/culture
Posted by bb2008_hafidz at 9:00 PM 0 comments
Saturday, July 5, 2008
Cara-Cara bermain gasing
Gasing perlu dimain di atas permukaan yang rata untuk memutar gasing itu dengan laju.
Posted by bb2008_hafidz at 9:30 PM 0 comments
Friday, July 4, 2008
Gasing
Posted by bb2008_hafidz at 5:57 AM 0 comments
Wednesday, July 2, 2008
Langkah-langkah yang akan diambil
Langkah-langkah yang saya akan ambil ialah:-
1) Saya akan melakukan penyelidikkan tentang 1 permainan tradisional.
2) Saya akan menunjukkan cara permainan itu bermain.
3) Saya akan melakukan analisis tentang permainan tradisional ini.
kemudian proses yang sama akan saya lakukan untuk permainan tradisional yang kedua.
Posted by bb2008_hafidz at 5:15 AM 0 comments
Tuesday, July 1, 2008
Permainan Tradisional
Perasaan
Saya berasa amat beruntung kerana dapat mengambil bahagian dalam pertandingan ini kerana pertandingan ini diadakan pertama kali di sekolah menengah. Saya juga berasa ghairah kerana saya dapat menggunakan blog sebagai salah satu media untuk belajar selain di dalam kelas. Ini kerana segolongan remaja-remaja sekarang suka menggunakan komputer dan internet untuk belajar selain belajar di buku sahaja. Selain berasa gembira atas menyertai pertandingan ini, saya juga berasa bimbang jika saya tidak dapat menghabiskan kerja-kerja saya dengan tepat.
Posted by bb2008_hafidz at 4:54 AM 0 comments